Program Skb4 2011 Slideshow: Welcome’s trip to Ipoh, Perak, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Ipoh slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Thursday, June 26, 2008

Pertandingan Teknopen


  • Pertandingan Pembinaan Bahan P & P berasaskan Power Point Kategori Sekolah Rendah dan Menengah

  • Pertandingan Penghasilan Klip Video Bahan P & P Kategori Sekolah Rendah dan Menengah

  • Pertandingan Penghasilan Klip Video Bahan P & P Kategori Pusat Kegiatan Guru

  • Pertandingan Pembinaan Laman Web Sekolah Kategori Sekolah Rendah dan Menengah

  • Pertandingan Penghasilan Fail Tegak Kategori Sekolah Rendah dan Menengah

  • Pertandingan Fotrografi Bertema Kategori Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan PKG.

  • Pertandingan Penghasilan Kiosk PKG Negeri Perak Kategori Pembantu Tadbir PKG Negeri Perak.


Penyertaan tidak terhad. Semua penyertaan mestilah disertakan bersama dengan borang penyertaan rasmi dan hendaklah sampai ke Pusat Kegiatan Guru kelompok sekolah peserta pada atau sebelum 31 Julai 2008. Sementara itu, semua Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru hendaklah menghantar semua penyertaan Kelompok PKG masing-masing ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak (u.p. En. Ahmad Fuat bin Hj. Shuib – PTP Unit Media Pendidikan) pada atau sebelum 8 Ogos 2008.

Tuesday, June 24, 2008

Pusat Sumber Sekolah

Ini adalah salah satu sudut pusat sumber sekolah SK. Bsout 4. Penyelaras pusat sumber, En. Zulkapli Piai banyak mengurus dan mengendalikan pembangunan PSS ini.

Perlantikan GPM Sekolah / Penyelaras PSS

Sebagai GPM, sudah tentu tuan / puan banyak melibatkan diri dengan pembangunan pusat sumber sekolah. Bagi meningkatkan lagi potensi tuan / puan, sila klik untuk mendapatkan penjelasan pelaksanaan GPM sekolah (Penyelaras PSS).

Dapatkan Buku Panduan Pengurusan PSS


Anda guru perpustakaan dan media sekolah? Saya ingin membantu anda menguruskan pusat sumber sekolah. Sila klik di sini

Konsep Pusat Sumber Sekolah

Untuk mendapatkan maklumat yang jelas tentang Pusat Sumber Sekolah, sila klik di sini.

Kursus Pengurusan dan Penghasilan Blog GPM


Terima kasih kepada PKG Slim yang telah mengadakan kursus pengurusan dan penghasilan blog untuk guru perpustakaan dan media. Kursus berkenaan diadakan selama 2 hari bertempat di PKG Slim pada 24 dan 25 Jun 2008.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...