Program Skb4 2011 Slideshow: Welcome’s trip to Ipoh, Perak, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Ipoh slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Monday, April 5, 2010

Penyerahan Watikah Pengawas PSS 2010

05 April 2010, Isnin - Satu majlis penyerahan watikah Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2010 telah diadakan di Dataran Kejat SK. Besout 4 pada pagi ini. Pihak sekolah mengucapkan setinggi -tinggi tahniah dan syabas kepada semua Pengawas PSS sekolah ini dan diharap dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan cemerlang. Juga kepada kepimpinan baru PSS yang diterajui oleh Pn. Zamzurina Mansor dan seluruh Ajk kerja PSS.

Monday, March 8, 2010

Organisasi Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah 2010 Berwajah Baru

Tahun 2010 merupakan tahun baru bagi Pusat Sumber Sekolah SK. Besout 4 kerana seluruh jawatankuasa kerjanya bertukar wajah baru. Tahniah kepada Pn. Zamzurina Mansor yang telah dilantik oleh pihak sekolah meneruskan tradisi kecemerlangan PSS menjawat jawatan sebagai Setiausaha GPM yang baru. Ini ekoran perpindahan En. Zulkapli Piai ke SK. Besout 3. Turut berubah ialah Ajk Nilam, apabila Pn. Jamilah seorang guru KPLI yang baru diposting ke sekolah ini dilantik menggangotai jawatankuasa tersebut menggantikan En. Wan Najmuddin yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris. Bagaimana pun, En. Wan Najmuddin kekal sebagai Guru APD. En. Khaled pula sebagai Penyelaras Makmal Komputer dan BBM. Harapan kepada kepimpinan baru agar pembudayaan ilmu di sekolah dapat dipertingkatkan lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...