Program Skb4 2011 Slideshow: Welcome’s trip to Ipoh, Perak, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Ipoh slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Friday, April 1, 2011

KURSUS LATIHAN PENGGUNAAN EDU WEB TV VERSI 2.0

PKGSR akan mengadakan kursus tersebut sebagaimana berikut :

Tarikh : 6 April 2011
Masa : 8.00 pg
Tempat :Bilik Kuliah PKGSR.

Semua peserta diminta untuk membawa laptop pada hari tersebut.

PENILAIAN PSS CEMERLANG PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG

Tahniah kepada 3 buah sekolah dari PKG SLIM RIVER yang terpilih untuk dinilai sebagai PSS Cemerlang peringkat Daerah Batang Padang 2011. Sekolah-sekolah tersebut ialah :

1. SK SLIM RIVER - Kategori SK Bandar
2. SK KUALA SLIM - Kategori SK Luar Bandar
3. SM DATO' ZULKIFLI MUHAMMAD - Kategori SMK Luar Bandar
4. Kategori SM Bandar (Tiada)

MESYUARAT PENGURUSAN UNTUK GPM DAN GPB

PKG Slim River telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan ICT untuk GPB / Guru ICT. Mesyuarat Pengurusan ICT untuk GPB / Guru ICT telah diadakan sebagaimana berikut :

Tarikh : 31 Mac 2011 (Khamis)
Masa : 2.15 ptg
Tempat : PKG Slim River

Terima kasih kepada En. Hamzan yang telah mengadakan mesyuarat tersebut.

MESYUARAT PENGURUSAN UNTUK GPM DAN GPB

PKG Slim River telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan PSS untuk GPM. Mesyuarat Pengurusan PSS untuk GPM/Penyelaras PSS telah diadakan sebagaimana berikut :

Tarikh : 28 Mac 2011 (Isnin)
Masa : 2.15 ptg
Tempat : PKG Slim River

Terima kasih kepada En. Hamzan yang telah mengadakan mesyuarat tersebut.

Thursday, February 24, 2011

Pn. Roslina Ariffin Dilantik Sebagai GPM Baru 2011







Pihak pentadbiran melantik Pn. Roslina bt Ariffin sebagai Guru Perpustakaan dan Media (GPM) baru sekolah ini. Beliau yang berpengalaman luas dalam bidang tersebut telah mengambilalih jawatan tersebut daripada Pn. Zamzurina bt Mansor yang cuti bersalin. Beliau turut dibantu oleh Pn. Jamilah, Pn. Azlina, En. Ezwan Shah dan En. Khaled.

Monday, April 5, 2010

Penyerahan Watikah Pengawas PSS 2010

05 April 2010, Isnin - Satu majlis penyerahan watikah Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2010 telah diadakan di Dataran Kejat SK. Besout 4 pada pagi ini. Pihak sekolah mengucapkan setinggi -tinggi tahniah dan syabas kepada semua Pengawas PSS sekolah ini dan diharap dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan cemerlang. Juga kepada kepimpinan baru PSS yang diterajui oleh Pn. Zamzurina Mansor dan seluruh Ajk kerja PSS.

Monday, March 8, 2010

Organisasi Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah 2010 Berwajah Baru

Tahun 2010 merupakan tahun baru bagi Pusat Sumber Sekolah SK. Besout 4 kerana seluruh jawatankuasa kerjanya bertukar wajah baru. Tahniah kepada Pn. Zamzurina Mansor yang telah dilantik oleh pihak sekolah meneruskan tradisi kecemerlangan PSS menjawat jawatan sebagai Setiausaha GPM yang baru. Ini ekoran perpindahan En. Zulkapli Piai ke SK. Besout 3. Turut berubah ialah Ajk Nilam, apabila Pn. Jamilah seorang guru KPLI yang baru diposting ke sekolah ini dilantik menggangotai jawatankuasa tersebut menggantikan En. Wan Najmuddin yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris. Bagaimana pun, En. Wan Najmuddin kekal sebagai Guru APD. En. Khaled pula sebagai Penyelaras Makmal Komputer dan BBM. Harapan kepada kepimpinan baru agar pembudayaan ilmu di sekolah dapat dipertingkatkan lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...